Selasa, 24 November 2009

PENGGABUNGAN DATA PENGGAL KETIGA 2009

Pada 25 November 2009 telah diadakan penggabungan data ssdm penggal ketiga di PPD Kuala langat. Semua sekolah telah menghantar data dan pihak PPD mengucapkan ribuan terimakasih di atas kerjasama yang telah diberikan.

PENGGANTUNGAN/BUANG SEKOLAH

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH
MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959.

1. Tujuan

1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

2. Latar belakang

2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.

3. Peruntukan Undang-Undang

3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.

“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.”

3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut.


“8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :


a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;

Khamis, 19 November 2009

PELANCARAN BLOG SSDM PPD KUALA LANGAT

Pada 18hb November hingga 20hb November telah diadakan kursus membina blog yang diadakan di Rossa Pasadena, Cameron Highlands. Dua orang JU Daerah yang terlibat ialah En Ahmad Faidz dari SK Sungai Kelambu dan Tn Hj Saiful Adli dari SK Bukit Cheding

Rabu, 18 November 2009

MAKLUMAT PENTING

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kepada PK Hem yang budiman- Dimaklumkan penghantaran data SSDM bagi penggal ketiga perlu sampai ke PPD Kuala Langat (UP : En Sazaly Jailani) pada atau sebelum 20 Nov 2009- .Jika anda kurang memahami cara penghantaran, sila hubungi JU SSDM Daerah

MUAT NAIK DATA SSDM